Friday, March 1, 2013

Novel:3 Hati 1 Sayang (1)


Aku lihat wajahku di cermin. Rambut telah pun disisir dan aku sengaja membiarkan ianya terlepas. Aku calitkan sedikit gincu di bibirku. Baju kurung pemberian arwah ibu aku sarungkan buat kali pertama kalinya setelah sekian lama aku biarkan di dalam almari. Perfect! Corak bunga-bunga kecil pada kain sutera itu menimbulkan lagi keserian kain itu. Hari ini aku akan bertolak meninggalkan bumi Johor dan menjejakkan kaki di bumi Perak. Aku telah mendapat surat tawaran untuk kemasukan ke universiti yang aku telah idam-idamkan selama ini. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ya! memang impianku untuk melanjutkan pelajaran di sana setelah tamat SPM.

Aku menuruni anak tangga dan menuju ke dapur. Kelihatan papa sedang sibuk menggoreng mi kecil sebagai sarapan kami berdua pada pagi ini. Papa memikul tanggungjawab sepenuhnya setelah kematian mama dua tahun lalu akibat kanser papu-paru. Ketika itu aku masih berada di tingkatan 4. Sedih tidak tertanggung apabila mendapat tahu bahawa insan yang bergelar ‘mama’ meninggalkan aku pada usia yang masih mentah. Pada usia di mana seorang anak memerlukan curahan kasih sayang daripada seorang ibu. Tetapi aku tidak menolak takdir. Aku menerima semua ketentuanNya dengan hati yang terbuka.

“Assalamualaikum. Morning Papa! Hmm..harumnya bau. Papa masak apa ni?” tanyaku kepada papa yang sibuk menggoreng mi kecil. Papa selalu mengayakan pakaiannya ala-ala chef. Apron putih disertakan dengan topi putih yang tinggi ketika memasak. Memang ada ‘class’. Dia berpakaian seperti itu semenjak rancangan 
Master Chef ditayangkan di astro Ria.

“Waalaikumsalam. Morning my princess. Papa goreng mi kecil hari ini. Baru belajar semalam kat internet. But I’m do something different”

“What?” tanyaku beria-ia.

“Secret! He..he..” jawab papa sambil tersenyum.

“Eleh! Dengan Fina pun nak berahsia bagai” Aku memuncungkan bibir seakan-akan merajuk. Aku memalingkan muka dan mengambil tempat di meja makan.

Papa membawa sebiji mangkuk besar berisi mi kecil yang telah digoreng tadi dan dihidangkan di hadapanku. Aku berdiri semula dan mengambil dua buah pinggan dan sudu. Lalu duduk kembali di meja makan.

“Merajuklah tu. He..he..dah tak payah nak merajuk sangatlah. Tak comel langsung tahu tak?” pujuk papa.

“Mana ada orang merajuk.” Jawabku ringkas sambil menyendukkan mi ke dalam pingganku dan papa.

“Eh! Cantiklah anak papa pakai baju kurung. Lagi-lagi baju yang mama bagi. Sesuai sangat dengan Fina. Papa tengok macam mama masa muda-muda dulu.”

“Iyalah tu. Memanglah anak papa ni cantik. Macam mama.” Aku memuji diri sendiri. Masuk bakul angkat sendiri gamaknya. Aku tersenyum sendiri. “Papa cepatlah siap. Nanti lambat pula nak hantar Fina.”

“Kalau papa pakai macam  ni je pun tak apa kan? Smart jugak. Ada ala-ala macam Chef Riz tak? He..he..” tanya papa sambil memusing-musingkan badannya yang sasa itu.

“Haha! Papa? Chef Riz?” hampir saja mi yang ku kunyah tersembur keluar dari mulutku. “Sama tapi tak serupa. Chef Riz tu masih muda. Handsome. Papa dah berumur. Beranganlah papa ni.haha!”aku menyambung sisa tawaku.

“Ish! Papa handsome what? Dulu papa ni lelaki idaman Malaya tau. Ha.. Jangan main-main dengan papa. Mama tertarik dengan papa pun sebab ketampanan papa ni yang ‘super duper natural’ ni.” Papa mula membangga diri. “Nanti masa papa mandi Fina tolong gosokkan baju kemeja papa ya?” arah papaku.

“Hmm” aku mengangguk tanda setuju dan sambung menyudu mi kecil yang tinggal sedikit itu.

TING TONG! “Assalamualaikum!” kedengaran loceng rumah ditekan. Siapa pula datang pagi-pagi ni? Mengganggu ketenteraman orang betullah. Aku membebel sendiri. Aku meletakkan sterika yang digunakan untuk menggosok baju papa di ‘iron board’ dan menuju ke pintu utama rumah kami. Kelihatan seorang lelaki tinggi lampai,berkaca mata,berbaju t-shirt berwarna hijau muda disesuaikan dengan ‘jeans’ biru berdiri di hadapan pintu pagar sambil menguntumkan senyuman kepadaku.

“Eh! Iz? Kenapa datang pagi-pagi ni? Ada hal apa?” Tanyaku sambil menuju ke pagar rumah.

“Kalau ye pun,jawablah salam aku dulu. Ish minah ni.” Faiz Hakimi menegur sikapku yang terlupa untuk menjawab salamnya.

“Eh? He..he.. maafkan saya! Waalaikumsalam.” Aku tersipu sendiri,malu dengan teguran Iz.

“Macam tu lah. Ni,papa kau suruh aku datang sini,sebab nak suruh aku temankan dia hantar kau pergi Perak. Lusa kau nak daftar kat UPSI kan? Papa kau takut nanti bila dia dah hantar kau,dia balik sorang-sorang. Tu yang dia ajak aku sekali. Sekurang-kurangnya ada peneman dia. Papa kau tak bagitahu kau ke?”soal Iz dengan dahi berkerut.

Aku terpinga-pinga. Papa tak ada cakap pun dia nak ajak Iz. Papa ni kan. “Hoi! Aku tanyalah! Termenung pula.” Lamunanku terhenti apabila disergah oleh Iz.

“Er..tak ada pula papa aku cakap. Ish! Papa aku ni memang….”belum sempat aku meneruskan kata-kataku papaku telah muncul di muka pintu dengan hanya bertuala tanpa baju.

“Eh! Iz! Dah sampai dah? Cepatnya. Uncle pun tak siap lagi ni. He..he..Fina kenapa tak ajak Iz masuk dulu. Bertuah punya budak. Cepat ajak dia masuk. Kang kering jugak Iz tu. Papa naik dulu.” Papa berlalu pergi meninggalkan kami berdua. Iz merenungku dengan keningnya diangkat-angkat ala-ala Ziana Zain ketika menyanyi.

“Hah!”

“Kau kenapa? Terkejut aku! Dahlah tenung orang macam nak makan orang.”

“Kau tunggu apa lagi. Tak dengar papa kau cakap apa? Aku ni dah penat berdiri. Ajaklah aku masuk.”

“Oh ya! masuklah. Peace!” aku menyeringai sambil menunjukkan isyarat damai kepada Iz.

Aku mempersilakan Iz duduk di sofa sementara aku pergi ke dapur untuk menyediakan sedikit makanan dan minuman untuknya. Mi kecil yang digoreng oleh papa aku sendukkan ke dalam pinggan berserta sesudu sambal tumis petai dan aku sajikan kepada Iz.

“Mi je? Airnya mana? Kau nak tengok aku tercekik?”

“Biar kau tercekik. Tak menyusahkan hidup aku.” Aku menuju ke dapur sambil menjelirkan lidah ke arahnya.

“Sampai hati kau Fina!” teriak Iz sedih.

“Sampai tak sampai!” balasku pula dengan iringan tawa.

Aku dan Iz memang berkawan sejak kecil. Rumah kami juga tidak berapa jauh. Hanya selang beberapa rumah sahaja. Iz kehilangan kedua ibu bapanya dalam nahas jalan raya ketika umurnya masih 8 tahun. Kini,dia tinggal bersama datuk dan neneknya, Nek Jah dan Tok Aki. Iz setahun lebih tua daripadaku. Dan aku telah menganggapnnya sebagai kawan karib dan abang. Aku masih ingat ketika berada di sekolah rendah,aku telah dibuli oleh seniorku. Dan Iz telah datang membelaku sehingga dia terpaksa digantung sekolah akibat bertumbuk dengan anak guru besar. Kasihan juga padanya.

“Fina! Mengelamun lagi. Mana air aku?” aku disergah sekali lagi oleh Iz yang tidak ku tahu bila masanya muncul di pintu dapur.

“Tu ha. Ambil sendirilah. Gedik. Air depan mata pun nak suruh aku.” Marahku sambil memuncungkan bibir ke arah air milo yang hampir sejuk itu. Iz mengambilnya dengan pantas dan duduk bertentangan denganku. Iz merenung ku. Kini mata kami bertatapan.Tiba-tiba jantungku berdengup laju. Aku sendiri tidak mengerti dengan perasaanku. Pandangannya yang redup itu membuatkan aku semakin tak keruan. Tidak pernah aku rasa sebegini apabila bersama Iz. Mungkin kerana kami akan berpisah buat seketika. Fikirku.

“Kau dah kenapa? Muka merah je. Malu dengan aku ke?” soal Iz sambil menghirup milo suam buatanku tadi.

“Ish! Mana ada. Tak kuasa aku nak malu dengan kau.” Iz seakan-akan tahu perubahan pada ku. Aku cepat-cepat berubah seperti biasa.

“Hm..Ni aku nak cakap sikit kat kau. Sikit? Banyak sebenarnya.”

“Ha,cakaplah. Apa dia?” soalku ingin tahu.

“Kau nanti dah sambung belajar,kau kena pandai-pandai jaga diri. Aku dah tak ada dah nak ‘back up’ kau kalau kau kena buli lagi. Kau kena ingat tujuan utama kau kat sana. Belajar. Jangan nak main aje. Kau dengan budak-budak 5 tahun tu sama aje. You have to change your character. You should be more matured. Understand?!” Aku hanya mengangguk mengiakan.

“Lagi satu. Kau jangan lupa kat aku. Bila kau ‘free’ kau boleh ‘hello-hello’ dengan aku.” Iz menyambung lagi.

“Iyalah pakcik! Saya akan ingat setiap apa yang pak cik cakap.” Aku menghadiahkan sekuntum senyuman kepada Iz.Iz memang selalu memberikan nasihat ‘free’ buatku. Dan aku pula akan tetap setia mendengar segala hujahnya sehingga selesai walaupun dalam keadaan terpaksa. Iz cukup pantang apabila aku tidak mempedulikan setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya. Jadinya,aku terpaksa menebalkan telingaku 
semata-mata untuk mendengar leteran Iz yang seperti ‘mak nenek’ itu.

“Pak cik-pak cik.” Iz menjeling ke arahku seolah-olah merajuk.

“Alololo. Yelah. Saya faham abangku Faiz Hakimi yang ku sayang. Puih!” pujukku acuh tak acuh.

“Ha..ha.. macam ni lah. Tapi yang ‘puih’ tu tarik balik. Sedut balik ayat ‘puih’ kau tu.”

“Tak nak! Ha..ha..”

Kami tidak sedar ketika kami sedang leka bergurau,sepasang mata memerhatikan kami sambil bercekak pinggang. Papa tiba-tiba muncul di ruang dapur.

“Ewah-ewah belangkas ni. Dah masukkan barang dalam kereta ke belum?” sergah papa.

Kami hanya menyeringai dan segera berlari ke ruang tamu. Encik Mazlan hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah satu-satunya puteri kesayangannya itu dan Iz yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Sejak Iz kematian kedua orang tuanya,Iz menumpang kasih daripada keluarga Encik Mazlan. Dia juga selalu menginap di rumah Encik Mazlan.
…………………………………………………………………………………………………